Sukacita memaklumkan bahawa Jabatan
Bandaran Tutong dan Jabatan Daerah Tutong akan menganjurkan acara
Kejohanan Badminton di antara Kementerian-Kementerian bersempena
Sambutan Hari Perkhidmatan Awam yang ke-32 bagi tahun 2025 yang akan
bermula pada 2 November 2025 hingga 9 November 2025.
Jabatan ini
sukacita mempelawa penyertaan dari setiap Kementerian dan mencalonkan
minimum dua (2) pasukan dan maksimum tiga (3) pasukan yang terdiri
daripada 15 orang pemain, seorang Pengurus dan dua orang Pengadil
(Umpire).
Acara ini akan dikendalikan oleh EYH United (sebelum ini
dikenali sebagai CHSK_Badminton) dan disokong oleh Persatuan Badminton
Kebangsaan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Badminton
Association - BNBA).
Kejohanan ini diadakan antara lain bertujuan
untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, kerjasama dan perpaduan
warga perkhidmatan awam melalui sukan badminton.
Jenis Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1) Beregu Lelaki (Seorang pemain Kategori Bahagian I ke atas dan seorang pemain terbuka)
2) Beregu Lelaki A (Kategori Bahagian I| dan keatas)
3) Beregu Lelaki B (Kategori Bahagian Ill dan kebawah)
4) Beregu Wanita A (Kategori Bahagian Ill dan keatas)
5) Beregu Wanita B (Kategori Bahagian IV dan kebawah)
Setiap Kementerian dikehendaki mengisikan Borang
Penyertaan
Pasukan yang disediakan oleh pihak Penganjur dengan lengkap dan
dikembalikan kepada Urusetia kejohanan ini tidak lewat pada hari Rabu,
10 September 2025 jam 2.00 petang kepada :
- Awang Azmar bin Haji Ahmad (888 8680)
- Awang Haripen bin Haji Yusof (887 6000)
- Awang Hj Azimin Bin Hj Musa (883 8801)
Borang penyertaan yang dikembalikan tanpa bayaran penyertaan tidak akan diterima.
Sila imbas kod QR di poster bagi keterangan lanjut.